Contoh Peraturan Berbahasa Daripada Aspek Jarak Sosial &
Konteks Percakapan
1. Menggunakan ungkapan yang sesuai untuk memulakan percakapan.
Contoh:
“Selamat pagi” diucapkan pada waktu pagi.
“Assalamu’alaikum “ diucapkan antara orang muslim.
“Hello” diucapkan dalam situasi yang tidak formal.
2. Berucap dengan bersopan-santun tanpa mengira status sosial pihak lain.
3. Memberi tumpuan sepenuh terhadap isi yang disampaikan oleh pihak lain.
4. Menggunakan bahasa dan perkataan yang sesuai dan mudah difahami ketika
berucap.
5. Bercakap dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan tidak
bercakap dengan nada yang samar-samar.
6. Bercakap di depan dengan cara bertentangan mata dan tidak bercakap di
belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
7. Berdiri dalam jarak sosial yang sepatutnya, tidak terlalu dekat supaya tidak
menimbulkan ketidakselesaan orang lain dan tidak terlalu jauh juga supaya
mesej yang disampaikan cukup jelas. Jarak sosial bergantung pada hubungan
orang tersebut dengan kita, budaya, situasi sosial, jantina dan kesukaan
orang.
Contoh jarak sosial :

- Jarak personal ( ketika berinteraksi antara teman akrab)Bentuk dekat : 45-75 cmBentuk jauh : 75-120 cm
- Jarak sosial (ketika bertemu dengan kenalan)
Bentuk dekat : 1.2-2.1 mBentuk jauh : 2.1-3.6 m - Jarak publik (ketika berhubungan dengan masyarakat)
Bentuk dekat : 3.6-7.5
Bentuk jauh : lebih daripada 7.5 m
Bentuk jauh : lebih daripada 7.5 m
8. Jika seseorang sedang makan maka kita elakkan daripada bercakap tentang
sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
9. Elakkan daripada bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu
yang mendukacitakan dan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang
memberangsangkan.
10. Tidak sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama.
11. Tidak bercakap secara berkumam mulut.
12. Tidak bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki
orang.
13. Tidak memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Kita
sepatutnya mamanggil mereka dengan nama panggilan yang bersopan.
Contoh panggilan yang betul:
- “Pak cik” dan “Mak cik” digunakan untuk orang yang lebih tua.
- “Kak” dan “Abang” digunakan untuk orang yang lebih tua daripada diri kita tetapi lebih muda daripada ibu bapa kita.
- “Encik” dan “Puan” digunakan untuk orang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat.
15. Tidak bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti
mengenainya.
16. Jika berlaku perbedaan pendapat, selesaikan secara halus tanpa menimbulkan
konflik.
Contohnya:
"Minta maaf, saya berpendapat bahawa..."
"Pada pendapat saya, ..."
17. Alihkan topik pembicaraan secara halus dengan menggunakan ungkapan yang
tepat.
Contoh ungkapan pengalihan topik perbincangan :
(SECARA FORMAL)
Maaf, saya dengar Ibu suka juga dengan...
Bagaimana jika kita meninjau dari sisi lain, misalnya...
(SECARA TAK FORMAL)
Wah, makin seru kalau kita bicara soal...
Boleh tahu pandanganmu tentang...
18. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis
dibincangkan maka elakkan daripada mengutarakan tajuk baru atau memotong
perbualannya itu.
19. Memohon maaf Jika kita melakukan kesilapan.
Contoh: “ Maaf ya, kalau ada salah ucap.”
20. Mengucapkan terima kasih jika diberi bantuan.
Contoh: “terima kasih ya”
21. Terapkan pola gilir dalam berkomunikasi dengan menggunakan kata, bentuk
kata, dan ungkapan yang tepat demi kelangsungan dan kenyaman komunikasi.
Contoh:
Bagaimana menurut pendapat anda? (formal)
Menurut pandanganmu gimana? (non-formal)
Mungkin ada yang mempunyai pendapat lain?
22. Menggunakan ungkapan pemisahan yang sesuai untuk mengakhiri percakapan.
Contoh:
(SITUASI FORMAL)
Sekian saja pertemuan kita hari ini, jangan lupa...
Sebagai penutup, kita simpulkan bahwa...
(SITUASI TAK FORMAL)
Udah dulu ya, besok jangan lupa...
deh,jadi kita besok berangkat jam...
Selamat jalan
No deposit casinos 2021 | Online Casino - Kadangpintar
ReplyDeleteNo deposit casino 2020 - Join the หารายได้เสริม Kadangpintar community today and get your 인카지노 tips before 온카지노 you play.