Tuesday, September 1, 2015

Kuliah 5 (Nota)


BAB 5:- STRATEGI KESANTUNAN
**Nota Ringkas


KESANTUNAN VERBAL

  • Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait rapat dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan yang sesuai dengan situasi. Penyesuaian tersebut sebenarnya digunakan untuk menjaga wajah yang berfungsi sebagai kehormatan seseorang.
  • Menuruti Brown dan Levinson (1987), terdapat empat jenis strategi kesantunan, iaitu: 

(1) Bald On Record 
  • Strategi Bald On-Record merupakan strategi yang biasanya tidak mencuba untuk meminimumkan ancaman ke atas muka pendengar 

(2) Negative Politeness
  • Strategi kesopanan negatif merujuk strategi penutur yang bertujuan menunjukkan adanya jarak sosial antara penutur dengan pendengar. 

(3) Positive Politeness
  • Strategi kesopanan positif berusaha untuk mengurangkan ancaman ke atas muka positif pendengar itu. 

(4) Off-Record
  • Strategi ini menggunakan bahasa secara tidak langsung dan mempunyai maksud yang tersirat.



KESANTUNAN NONVERBAL

  • Stimulus yang pengertiannya tidak ditentukan oleh makna isi simboliknya (interpretasi) (Dance & Larson, 1976) 
  • Tindakan-tindakan manusia yang secara sengaja diinterpretasikan seperti tujuannya dan memiliki potensi akan adanya umpan balik dari yang menerimanya (Burgoon & Saine, 1978) 
  • Stimuli tertentu dari perilaku non verbal mungkin terjadi dengan tidak disedari dan perilaku non verbal diatur oleh norma-norma yang dihasilkan oleh interaksi manusia (Hickson & Stack, 1989)

Fungsi Komunikasi Non Verbal

  • Repetisi dan pengulangan (memperkuat pesan-pesan verbal) 
  • Kontradiksi atau berlawanan 
  • Subtitusi atau pengganti 
  • Komplemen atau pelengkap 
  • Regulasi atau pengatur 
  • Aksentuasi atau penekanan


                          

Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan verbal dan strategi kesantunan nonverbal yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia.


Strategi Kesantunan Verbal

1. Strategi toleransi

Contoh : Memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu percakapan.
2. Strategi bertimbang rasa

Contoh : “Saya memahami situasi Tuan dan akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. ”
3. Strategi memberi salam

Contoh : Mengucap “selamat pagi” atau “Assalamualaikum” apabila bertemu orang
                lain.
4. Strategi bersopan santun

Contoh : Menggunakan sistem panggilan yang betul dan sesuai dengan keadaan.
5. Strategi ramah mesra

Contoh : Mengalu- alukan kedatangan tetamu ke rumahnya.
6. Strategi tidak mementingkan diri sendiri

Contoh : Memberi cadangan atau nasihat yang sesuai dengan penuh kesopanan dan
                lemah lembut.
7. Strategi merendah diri

Contoh : “Silalah datang ke rumah saya yang tidak seperti ini.”
8. Strategi berterima kasih

Contoh : Mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menghulurkan
                bantuan kepada kita.

Strategi Kesantunan Nonverbal

1. Strategi toleransi

Contoh : Memberi tempat duduk kepada orang yang lebih tua atau cacat di dalam
                bus.
2. Strategi bertimbang rasa

Contoh : Menggunakan ibu jari apabila menunjuk seseorang atau sesuatu.
3. Strategi memberi salam

Contoh : Mengangguk kepala atau menunjukkan senyuman sekiranya jarak terlalu
                juah sebagai satu tanda bersalam.
4. Strategi bersopan santun

Contoh : Membengkokkan badan ketika melintas antara orang yang sedang berjalan
                ataupun melintas melalui hadapan orang tua, mencium tangan orang yang
                lebih tua semasa memberi salam.
5. Strategi ramah mesra

Contoh : Menunjukkan muka yang manis apabila berinteraksi dengan orang lain.
6. Strategi tidak mementingkan diri sendiri:

Contoh : Memberi pertolongan dari segi kewangan atau tenaga kepada orang yang
                berada dalam kesusahan.
7. Strategi merendah diri

Contoh : Tidak bertentangan mata terhadap orang yang lebih tua daripada kita
                supaya tidak dianggap sombong.
8. Strategi berterima kasih

Contoh : Mencium atau memeluk ibu bapa sebagai tanda penghargaan kepada
                mereka.
 

No comments:

Post a Comment