Saturday, September 5, 2015

Kuliah 6


BAB 6:- ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

ISU PENDIDIKAN







Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kes-kes sebegini.Kalau dulu kespelajar dibuli dan dipukul senior sampai mati, kali ini, kes guru agama pula yang memukul anak muridnya yang berusia hanya 7 tahun sehingga menyebabkan kematian.Mengapa perlu jadi begini? 


Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di Arau, Perlis ini, merupakan tragedi yang mengecewakan.Lebih-lebih lagi suspek, adalah merupakan tenaga pengajar sekolah agama.Mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, dikatakan diikat di tingkap sekolah agama berasrama tersebut sebelum dibelasah gurunya yang berusia 26 tahun, atas sebab kesalahan mencuri RM 7.

Pelajar tersebut, yang dibelasah hampir 2 jam pengsan selepas kejadian akibat kecederaan di kepala dan tubuh badan akibat dipukul bertubi-tubi, dan tangisan serta rayuan mangsa tidak diendahkan.Dan yang paling tragis, ini adalah kali kedua mangsa dipukul oleh suspek atas disyaki mencuri.



Ulasan / pendapat: 

          Tugas-tugas yang harus dilaksanakan oleh seorang guru ialah mendidik generasi dengan cara yang betul,tetapi bukan memberi contoh yang salah kepada masyrakat.
          Tugas-tugas profesion seorang guru adalah untuk meneruskan atau transmisi ilmu pengetahuan, keterampilan dan nilai-nilai lain yang sejenis yang belum diketahui anak dan seharusnya diketahui oleh anak. 

          Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri. 


          Usaha membantu ke arah ini seharusnya diberikan dalam rangka pengertian bahawa manusia hidup dalam satu unit organik dalam keseluruhan integralitasnya seperti yang telah digambarkan di atas. Hal ini bererti bahawa tugas pertama dan kedua harus dilaksanakan secara menyeluruh dan terpadu. Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya berfikir atau penalaran sedemikian rupa sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi perbaikan hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat di mana dia hidup. 




ISU MEDIA

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kerajaan melalui kementerian berkaitan
perlu mengadakan pertemuan dengan semua penerbit filem agar kerjasama
yang dijalin mampu menghasilkan filem berkualiti selain dapat menterjemahkan
kemahuan kerajaan kepada masyarakat, kata seniman terkenal, Datuk Aziz Sattar.

Beliau turut mencadangkan agar dialog atau pertemuan seumpama itu diadakan
setiap enam bulan sekali bagi memastikan perkembangan dan kemahuan dalam
industri filem dapat dinilai oleh kerajaan secara adil dan pelbagai gejala yang
tidak sihat di dalam filem dapat dikekang sejak dari awal.

"Saya tidak mahu filem bercorak keganasan seperti penggunaan senjata api dan
pembunuhan bersiri dipersalahkan apabila timbul masalah itu dalam dunia realiti
hari ini. Pada masa yang sama penerbit filem harus menggalakkan unsur perpaduan
di dalam setiap filem yang dikeluarkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari
ini.

Menurutnya filem yang menyokong perjuangan kerajaan kepada rakyatnya harus
dipergiatkan melalui simbolik di dalam filem untuk mendidik masyarakat agar
mereka mencintai keamanan dan bukan keganasan.



Ulasan/ pendapat: 

Seluruh dunia termasuklah Malaysia sedang menuju ke arah modenisasi dan globalisasi. Tidak hairanlah bahawa setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Kini, televisyen boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja berbanding dengan masa dahulukala dan telah pun menjadi sebahagian keperluan hidup masyarakat. Di Malaysia, kanak-kanak secara keseluruhannya lebih banyak menonton televisyen berbanding mendengar radio. Mengapa? Hal ini demikian kerana televisyen merupakan satu medium yang menceritakan sesuatu dengan gabungan suara, muzik, gambar dan gerakan.

.Secara tidak langsung, kenyataan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan ibu bapa tentang mesej yang cuba disampaikan melalui iklan dan cerita kartun. Mereka berpendapat bahawa terdapat semakin banyak unsur negatif yang dipaparkan seperti keganasan. Menurut Sandra L. Calvert dalam bukunya “Children’s Journeys Through the Information Age” telah menyatakan, dalam rancangan televisyen yang disiarkan ketika masa kemuncak, 70 peratus daripada rancangan televisyen tersebut mengandungi unsur-unsur keganasan. Aksi-aksi ganas ini ditunjukkan sebanyak 5 kali dalam satu jam dan hampir kesemua watak dalam program televisyen melibatkan diri dalam kegiatan yang ganas malah melibatkan pembunuhan.

Sebenarnya, kandungan keganasan dalam cerita kartun kanak-kanak adalah lebih banyak berbanding dengan rancangan televisyen yang lain. Contohnya, cerita kartun “Ben 10” yang memaparkan aksi-aksi pergaduhan untuk menentang makhluk-makhluk asing. Hal ini menjadi kebimbangan utama para ibu bapa kerana kanak-kanak yang menontonnya akan mengikuti aksi-aksi melawan yang dimainkan oleh watak Ben. Menurut artikel Teresa yang merupakan salah seorang staf daripada organisasi ‘The Cute Kid’ berpendapat bahawa media membawa kesan yang baik dan buruk kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik kanak-kanak tentang isi kandungan yang dipaparkan oleh media. Sering kali, media memaparkan stereotaip tentang orang dan kaum-kaum yang berbeza. Kanak-kanak yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan pengalaman akan menerima apa-apa sahaja yang mereka menonton dalam televisyen.

Antara peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ialah mereka boleh memberikan pendapat mereka apabila sesuatu yang dipaparkan oleh media adalah tidak tepat. Selalunya, media memaparkan stereotaip terhadap kaum dalam filem-filem atau drama. Contohnya, kaum hitam sering kali dianggap sebagai penjenayah manakala kaum putih pula selalu diagung-agungkan seperti dalam cerita James Bond. Golongan Mexican pula dilihat sebagai perogol dan pembunuh seperti dalam cerita The Yellow Menace. Selepas tahun 1920, golongan hitam dianggap sebagai pengganas dan pembunuh seperti dalam cerita Birth of Nation. Dengan stereotaip-stereotaip tersebut, kanak-kanak akan berpendapat bahawa itulah kebenaran yang wujud dalam realiti sedangkan itu hanya merupakan adegan-adegan atau kandungan dalam media sahaja.

Selain itu, ibu bapa boleh memberitahu anak-anak tentang tindakan keganasan yang dipaparkan dalam media adalah berbahaya dan tidak benar. Kandungan dalam media yang sering kali menjadi kebimbangan ibu bapa adalah pergaduhan (keganasan), pergaulan bebas (seks) dan minuman keras (alkohol). Satu penyelidikan telah dijalankan oleh RAND dan University of North Carolina tentang remaja yang didedahkan kepada topik dan aksi-aksi seks dalam media lebih cenderung untuk melakukan perbuatan yang sama. Salah seorang pengkaji, Doktor Brown, mengatakan bahawa:
"Teens are defaulting to entertainment media for sexual information because they aren't getting this information in other places. Unfortunately, the media aren't the best sex educators. The media tend to leave out the crucial three C's: commitment, contraception and consequences."


Berdasarkan huraian dan perbincangan yang telah dinyatakan di atas, kita dapat melihat bahawa media sememangnya mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya dapat membezakan dunia dalam media dan realiti. Ibu bapa haruslah bersikap sabar dan meluangkan lebih banyak masa membuat penerangan kepada anak-anak mereka mengenai mesej yang disampaikan dalam media dan bukannya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada mesej media yang diketengahkan. Hal ini akan mengelakkan kanak-kanak daripada mendapat pengaruh negatif dalam media.


No comments:

Post a Comment