Thursday, August 20, 2015

Tutorial 1


PENGERTIAN BUDI BAHASA

Perspektif orang melayu

Budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Budi bahasa juga menceminkan budaya. Ia mempunyai peranan yang sangat penting dalam memelihara tamadun bangsa yang dibina. Budi bahasa adalah amalan bersifat universal yang semua agama menekan penganutnya mengamalkan nilai peribadi.

Perspektif orang cina

Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulan. Hubungan harmonis antara lima hubungan yang terjalin akan mewujud nilai berbudi bahasa.

Perspektif orang india

Nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan sangat-sangat dititikberatkan bagi mewujudkan perpaduan yang erat. Nilai dan kepercayaan ini berteraskan kepada aspek ashrama dharma dan aspek purusharta .

ULASAN PANTUN TENTANG KEPENTINGAN BUDI
"Tegak rumah kerana sendi,
         Runtuh sendi rumah binasa.
Sendi bangsa ialah budi,
         Runtuh budi runtuhlah bangsa."
Pantun ini membawa maksud sesuatu perkara yang dilakukan bersama-sama akan membawa kejayaan. Pantun ini mengaitkan kepentingan budi terhadap sesuatu bangsa terutamanya bangsa yang beragama Hindu. Mereka menitikberatkan nilai-nilai murni dalam sistem kekeluargaan untuk mewujudkan perpaduan yang erat. Pantun ini menekankan kerjasama antara satu sama lain. Kerjasama yang telah diwujudkan dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Perpaduan dapat diwujudkan dalam bangsa tersebut dan juga bangsa yang lain.


GURINDAM IV


Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.

Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.

Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perompak yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.
 Ulasan:
Keseluruhan gurindam ini bermaksud tabiat yang mulia, yang muncul dari hati (nurani) dan akal pikiran (budi). “Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh” dalam gurindam tersebut menyatakan apabila kita melakukan sesuatu, kita harus menjaga hati dan perbuatan. Kita haruslah menjauhi diri daripada melakukan perkara yang melanggari ajaran agama. Jika kita melakukan sesuatu yang melanggari naruni kita, kita akan berasa tidak tenteram dalam hati sepanjang hayat. Hati yang dipenuhi dengan perkara yang tidak baik, masa depan seseorang itu juga akan menjadi gelap.


SEBAB-SEBAB AMALAN BUDI BAHASA SEMAKIN TERHAKIS DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA
          Pada zaman globalisasi ini, amalan berbudi bahasa semakin terhakis dalam kalangan masyarakat malaysia. Kita boleh lihat daripada segi pertuturan generasi muda zaman sekarang yang semakin kehilangan kesopanan. Amalan berbudi bahasa akibat pengaruh filem dan bahan bacaan yang kerap kali menggunakan bahasa pasar, kasar dan lucah. Secara tidak lansung, kanak-kanak akan mempelajari sesuatu yang tidak mempunyai amalan budi bahasa. Bahasa yang digunakan oleh pelakon dalam filem tersebut akan ditiru oleh kanak-kanak dalam percakapan
          Masyarakat malaysia muda terpengaruh oleh unsur luar seperti unsur barat terutamanya dalam aspek pemakaian. Pelbagai kaum mempunyai pakaian trdisional maisng-masing dan harus dipakai oleh setiap orang dengan perasaan yang bangga. Masyarakat kini lebih suka memakai pakaian yang kurang sopan kerana terpengaruh dengan pemikiran barat berbanding dengan memakai pakaian traditional. Pemakaian yang tidak sopan akan memberi tanggapan yang tidak baik kepada orang lain terutamanya pelancong asing.
          Ibu bapa tidak mengajar anak-anak tentang kepentingan untuk mengamalkan amalan budi bahasa sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentuh buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, amalan budi bahasa tidak diamalkan oleh anak-anak dan mereka tidak dapat memupuk sikap yang baik dan sopan dalam pergaulan seharian. Mereka akan hilang amalan budi bahasa dan generasi yang seterusnya akan menjadi teruk kerana amalan budi bahasa tidak diamalkan. Pelbagai masalah sosial akan diwujudkan menyebabkan  ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat.



CARA MENINGKATKAN SEMULA AMALAN BUDI BAHASA

Cara untuk meningkatkan semula amalan budi bahasa dalam masyarakat kita ialah pihak sekolah harus menerapkan amalan budi bahasa dalam proses pembelajaran dan proses pengajaran. Bukan sahaja guru yang mengajar moral harus memastikan pelajar betul-betul menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka, tetapi guru yang mengajar mata pelajaran lain juga haruslah menekankan amalan budi bahasa dalam proses pengajaran. Nilai-nilai moral yang dipelajari akan menjadi pelajar sebagai insan yang berakhlak mulia dan sopan-santun. Nilai murni yang dipelajari akan membawa kepada kemajuan kepada negara kerana semua rakyat Malaysia mempunyai semangat cinta akan negara. Rakyat malaysia akan memberi sumbangan sepenuhnya untuk memajukan negara.
          Selain itu,ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak apabila mereka kecil. Mereka akan mencontohi segala perlakuan ibu bapa. Ibu bapa haruslah mempunyai sikap yang baik dan sopan-santun. Contohnya,apabila ibu bapa menghormati orang tua di hadapan anak mereka,anak mereka akan secara semula jadinya mengikuti perbuatan ibu bapa mereka kerana ‘bapa borek anak rintik’. Apabila anak-anak tidak ingin mendengar nasihat, mereka haruslah memberi nasihat dengan sopan dan bukan memukul mereka tanpa memberi nasihat dan alasan yang baik. Dengan ini, anak-anak akan menghormati ibu bapa dan mendengar arahan yang diberi oleh ibu bapa kerana mereka mengetahui ibu bapa akan memberi tunjuk ajar yang betul kepada mereka.
          Kempen-kempen perlu dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menanam amalan budi bahasa dalam jiwa masyarakat. Contoh kempen yang boleh dianjurkan untuk meningkatkan kesantunan berbahasa ialah Kempen Kepentingan Budi Bahasa dan Marilah Berbudi Bahasa Bersama-sama. Melalui kempen-kempen yang dijalankan, masyarakat akan mengetahui betapa pentingnya amalan budi bahasa ahrus diamalkan dalam kehidupan. Kesedaran masyarakat tentang sesuatu perkara sangat penting terutamanya amalan budi bahasa. Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan bukannya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Oleh itu,diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap rakyat Malaysia supaya rakyat dapat saling hormat-menghormati.




No comments:

Post a Comment