Saturday, August 22, 2015

Tutorial 2

Ulasan Terhadap Takrifan-takrifan Kesantunan

Ulasan saya terhadap takrifan-takrifan kesantunan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh dunia ialah setiap tokoh menpunyai pandangan masing-masing terhadap kesantunan. Walaupun terdapat takrifan yang berlainan ,tetapi kebanyakan tokoh menekankan bahasa yang halus, perlakuan yang baik serta menwujudkan hubungan yang harmonis antara satu sama lain. Kesantunan dapat ditunjukkan dari pelbagai aspek contohnya dari aspek pakaian dan bahasa. Setiap tokoh telah menyentuhkan perkara utama yang berkaitan dengan kesantunan. Jika kita dapat membaiki diri mengikut takrifan yang telah dilakukan, kita akan menjadi seorang yang santun dari pelbagai aspek.


Perbandingan Konsep Kesantunan Berdasarkan Pelbagai Bangsa Di Malaysia
Negara kita terdapat pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India merupakan kaum yang utama dalam negara kita.
 Pelbagai nilai murni telah diamalkan oleh kaum masing-masing. Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Melayu ialah berpegang kuat pada adat resam dan agama dan memberi salam apabila bersua muka. Manakala bagi masyarakat cina pula nilai-nilai tersebut ialah tunduk ketika memberi salam dan di dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi. Masyarakat india hendaklah duduk bersila semasa makan, mematuhi adat resam dan menanggalkan kasut sebelum masuk ke kuil. Ketiga-tiga kaum menekankan nilai yang sama seperti menghormati orang yang lebih tua dan penggunaan kata sapaan dan gelaran yang sesuai. Walaupun mempunyai nilai-nilai yang berbeza tetapi tujuannya hanya satu sahaja iaitu menaman kan amalan kesantunan dalam kalangan masyarakat.


Konsep Penjagaan Muka

Konsep penjagaan muka ialah menjaga harga diri tanpa melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah diri. Maruah seseorang mewakili muka dan haruslah dijaga dengan baik. Seseorang yang melakukan sesuatu melanggari ajaran agama dan tidak mempunyai kesantunan akan tidak dapat menjaga muka diri serta ahli keluarga dengan baik. Bahasa yang digunakan juga akan menunjukkan sikap seseorang sama ada mempunyai sikap kesantunan dalam diri seseorang tersebut. Jika bahasa kasar selalu digunakan oleh seseorang tersebut, mereka akan berasa malu apabila mereka ditegur. Situasi ini juga dianggap sebagai tidak menjaga muka dengan baik.

  1. Kepentingan Konsep Penjagaan Muka

Penjagaan muka sangat sangat penting dalam pergaulan dan komunikasi dalam masyarakat terutamanya dari segi. Bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Kita dapat menjaga muka sendiri apabila menggunakan bahasa yang halus dalam percakapan. Selain menjaga muka sendiri kita juga dapat menjaga  muka orang lain terutamanya orang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kita. Keharmonian antara satu sama lain dapat diwujudkan. Perselisihan faham antara kaum dapat dikurangkan dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.


   b. Contoh-Contoh Air Muka

                            

Air muka yang berlainan dapat menunjukkan sikap dan tingkah lakunya. Melalui air muka, kita dapat mengetahui perasaan seseorang tersebut secara mudah. Kalau kita Nampak gambar di atas, kita sudah tahu tentang apa perasaan yang ingin ditunjukkan tanpa sebarang penjelasan.


No comments:

Post a Comment