Wednesday, September 2, 2015

Tutorial 5


Strategi kesantunan terbahagi kepada empat iaitu kesantunan verbal, kesantunan nonverbal, kesantunan lisan dan kesantunan penulisan. 



KESANTUNAN VERBAL

  • Kesantunan bahasa dari segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.
  • Kesantunan berbahasa verbal perlu dijaga semasa berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan, menyampaikan maklumat dan sebagainya.
  • Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
  • Contohnya, media massa seperti radio, televisyen, pengucapan awam dan ceramah.
  • Semua contoh tersebut menuntut penuturnya menggunakan bahasa yang sopan ketika berbahasa. 
    Contoh Kesantunan Berbahasa dan Kata Sapaan dalam Wawancara:
    1. Anak haruan si anak lokan, berenang-renang di sungai Bera;
        Kehadiran tuan dialu-alukan, disambut dengan hati gembira.
    2. Yang Berhormat Dato’ Sang Nila Utama,
    3. Yang Berbahagia Datuk Nik Nab, 
    4. Yang dihormati Tuan Haji Isnin …, 

    Contoh Kesantunan Berbahasa dan Kata Sapaan dalam Wawancara
    1.
    Yang Berbahagia Dato’, boleh saya tahu di mana …
    2.
    Saya difahamkan bahawa … adakah Tuan Yang Terutama …
    3.
    Saya mohon maaf Tuan Haji, soalan ini agak sensitif sedikit, bolehkah …

    Kesantunan Berbahasa dalam Pengucapan Awam 
    1.
    Saya yakin bahawa … 
    2.
    Pada pandangan saya, idea untuk … 
    3.
    Saya tidak berani mengatakan bahawa …


    KESANTUNAN NONVERBAL

  • Kesantunan berbahasa dari segi nonverbal pula merujuk kepada perbuatan,
    ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
  • Konsep kesantunan berbahasa nonverbal ini merujuk kepada semua
    perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej
    yang dapat difahami.
  • Sebagai contoh, melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan
    buku.
  • Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga
    memainkan peranan yang penting untuk melestarikan konsep kesantunan
    berbahasa itu.

    (a) Bahasa Tubuh

  • Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat
    tangan, air muka, dan gerakan badan. 
  • Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar
    dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.
  • Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi,
    personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu. 
  • Isyarat tanpa lisan boleh digunakan untuk: 
  • Mengukuhkan hujah/ mesej yang disampaikan untuk mendapatkan maklum
    balas dengan membaca maksud yang tersirat melalui isyarat tanpa lisan yang
    ditunjukkan oleh penerima mesej.

Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih
berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan
dengan jelas.

Kepentingan Bahasa Tubuh
  • Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama ada
    apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif, sama ada dia
    bercakap terbuka atau defensif, bosan atau berpura-pura minat.
  • Dengan membaca bahasa tubuh kita dapat mengetahui: 
         1) Bila kita mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan 
         2) Bila patut berhenti         3) Bila kita perlu membuat sesuatu yang lain sama sekali

  • Jika gagal membaca bahasa tubuh orang yang dilawan bercakap, kita akan
    gagal menyakinkan mereka.
  • Bahasa tubuh juga menunjukkan kesopanan/ kesantunan seseorang.

     (b) Gerakan Anggota Badan

  • Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai
    makna tertentu. 
  • Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi
    yang dihasilkan. 
  •  Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami
     oleh semua orang seperti: 

1.      Isyarat gerakan tangan 

2.      Isyarat air muka 

3.      Bahasa tubuh



            (c) Gerakan Mata

            Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
            Contohnya: 

  •  Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat 
  •  Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya 
  •  Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta 
  •  Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram
     perasaannya.

     (d) Gerakan Tangan

  • Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh
    kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan. 
  • Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat
    mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku. 
  • Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan
    maksudnya. 
  • Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya.
  • Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut
     yang bermakna diam/ tolong senyap 
  • Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya
    adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
  • Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan
    menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya
    itu. 

    (e) Mimik Muka

  • Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan
    maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. 
  • Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
  •  Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas
     terhadap seseorang. 
  • Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita
    akan mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat. 
  • Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan
    fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang.
  • Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar seseorang
    dengan mengamati air mukanya. 
  • Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang
    dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah
    air muka yang jernih.


    KESANTUNAN LISAN

  • Penggunaan bahasa yang baik.
  • Apabila kita bercakap dengan seseorang, kita hendaklah bercakap dengan
    menggunakan bahasa yang bersopan dan beradab.
  • Contohnya, apabila kita hendak menegur seseorang kanalan kita, kita
    hendaklah menegurnya dengan memberi salam dan jangan menegur mereka
    dengan bahasa yang kasar.
  • Perwatakan dan keperibadian seseorang dapat dilihat apabila dia sedang
    bercakap dengan temannya.
  • Apabila kita menggunakan perkataan yang beradab, lemah lembut dan
    bersopan santun, ia dapat mencerminkan bahawanya kita merupakan orang
    yang mempunyai kesantunan berbahasa dan sebaliknya.
  • Penggunaan kata gelaran dan kata sapaan untuk dipanggil.
  • Sebagai contoh, apabila kita berjumpa dengan orang mungkin hampir sebaya
    dengan kita, kita hendaklah memanggil dia dengan nama yang sesuai dengan
    umurnya seperti saudara atau saudari.
  • Apabila kita berjumpa dengan orang yang lebih tua daripada kita hendaklah
    memanggil mereka pak cik kerana itulah nama yang sesuai bagi mereka.


    KESANTUNAN PENULISAN 

  • Komunikasi bertulis memerlukan penelitian yang mendalam dan serius kerana mesej yang ditulis tidak boleh diubah sesuka hati.
  • Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan dating.
  • Kesantunan berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit mesyuarat, laporan kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya.
  • Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:
1.    Surat rasmi
2.    Laporan
3.    Kertas kerja
4.    Ucapan rasmi
5.    Pidato
6.    Minit mesyuarat

  • Bentuk komunikasi tidak formal seperti penulisan surat kepada rakan, keluarga, ibu bapa dan lain-lain.
  • Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:
1.    Penggunaan kata panggilan yang betul
2.    Kata sapaan yang betul
3.    Gaya bahasa yang betul
4.    Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
5.    Isi yang tidak sensitif
  • Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan


No comments:

Post a Comment