Saturday, August 29, 2015

Tutorial 4


Peribahasa & Pantun yang Menekankan Kepentingan Peraturan Berbahasa
Gambaran tentang pentingnya kesantunan bahasa dalam kehidupan bermasyarakat, terdapat pada peribahasa yang diungkapkan sejak zaman-berzaman. Antara peribahasa yang menekankan pentingnya setiap orang menjaga kesantunan bahasa ketika berkomunikasi termasuklah:

1. Bahasa jiwa bangsa.

2. Bahasa menunjukkan bangsa.

3. Bahasa tidak dijual beli (atau bahasa tidak berjual beli).

4. Berbunyi bahasa diketahuilah bangsa.

5. Kerana pulut santan binasa,; kerana mulut badan binasa.

6. Bercakap siang pandang-pandang; bercakap malan dengar-dengar.

7. Terlajak perahu dapat ditarik; terlajak kata buruk padahnya.

8. Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya.

9. Orang berbudi kita berbahasa; orang memberi kita merasa.


Dalam bentuk pantun pula, diungkapkan pentingnya kesantunan bahasa seperti pada contoh yang berikut:

1. Tingkap papan kayu bersegi,
          Sampan sakat di Pulau Angsa;
     Indah tampan kerana budi,
          Tinggi bangsa kerana bahasa.
2. Puyu-puyu konon namanya,
          Di dalam kolam konon empatnya;
    Cantik manis barang lakunya,
          Serta dengan budi bahasanya.
3. Anak Cina menimbang madat,
          Dari Makasar langsung ke Deli;
    Hidup di dunia biar beradat,
          Bahasa tidak berjual beli.

4. Pohon pandan pohon berduri,
          Dipandang amat sedap;
    Hidup di dunia bahasa dan budi,
          Serta juga terti beradab.

5. Saya tidak menanam nanas,
          Tanam kepaya di dalam padi;
    Saya tidak memandang emas,
          Budi bahasa yang saya cari.

6. Perigi dikatakan telaga,
          Tempat budak menumpang mandi;
    Emas merah ada berharga,
          Budi bahasa bernilai abadi.

7. Makan sirih berpinang tidak,
          Pinang ada dari Melaka;
    Makan sirih mengenyang tidak,
          Sebab budi dengan Bahasa.


8. Pucuk pauh sedang terjela,
          Penjolok bunga gelundi;
    Agar jauh silang sengketa,
          Perhalus bahasa dan budi.


9. Yang kurik kundi,
          Yang merah saga;
    Yang cantik budi,
          Yang indah Bahasa.


10. Dari Silaing ke Sijudah,
          Japa melilit Tanjung Jati;
      Buah jerami bergantungan;
          Baju digunting kalau tak sudah,
      Kata termulai kalau tak jadi,
          Seksalah alam menanggungkan.


Tutorial 4


Contoh Peraturan Berbahasa Daripada Aspek Jarak Sosial & Konteks Percakapan

1. Menggunakan ungkapan yang sesuai untuk memulakan percakapan.

     
Contoh:  
     “Selamat pagi” diucapkan pada waktu pagi.
     “Assalamu’alaikum “ diucapkan antara orang muslim.

     “Hello” diucapkan dalam situasi yang tidak formal.

2. Berucap dengan bersopan-santun tanpa mengira status sosial pihak lain.

3. Memberi tumpuan sepenuh terhadap isi yang disampaikan oleh pihak lain.

4. Menggunakan bahasa dan perkataan yang sesuai dan mudah difahami ketika
    berucap.


5. Bercakap dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan tidak
    bercakap dengan nada yang samar-samar.

6. Bercakap di depan dengan cara bertentangan mata dan tidak bercakap di
    belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.


7. Berdiri dalam jarak sosial yang sepatutnya, tidak terlalu dekat supaya tidak
    menimbulkan ketidakselesaan orang lain dan tidak terlalu jauh juga supaya

    mesej yang disampaikan cukup jelas. Jarak sosial bergantung pada hubungan
    orang tersebut dengan kita, budaya, situasi sosial, jantina dan kesukaan
    orang.


    Contoh jarak sosial :
  •  Jarak personal ( ketika berinteraksi antara teman akrab)

              Bentuk dekat : 45-75 cm
              Bentuk jauh : 75-120 cm
  • Jarak sosial  (ketika bertemu dengan kenalan)

              Bentuk dekat : 1.2-2.1 m
              Bentuk jauh : 2.1-3.6 m
  •  Jarak publik (ketika berhubungan dengan masyarakat)

                 Bentuk dekat : 3.6-7.5
                 Bentuk jauh : lebih daripada 7.5 m
                                       

8. Jika seseorang sedang makan maka kita elakkan daripada bercakap tentang
    sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya. 


9. Elakkan daripada bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu
    yang mendukacitakan dan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang
    memberangsangkan.         

10. Tidak sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama.

11. Tidak bercakap secara berkumam mulut.

12. Tidak bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki
     orang.

13. Tidak memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Kita
     sepatutnya mamanggil mereka dengan nama panggilan yang bersopan.
  
    
Contoh panggilan yang betul:
  • Pak cik” dan “Mak cik” digunakan untuk orang yang lebih tua.
  •  “Kak” dan “Abang” digunakan untuk orang yang lebih tua daripada diri kita tetapi lebih muda daripada ibu bapa kita.
  •  “Encik” dan “Puan” digunakan untuk orang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat.

                               


14. Tidak memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

15. Tidak bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti
     mengenainya.


16. Jika berlaku perbedaan pendapat, selesaikan secara halus tanpa menimbulkan
     konflik.

      Contohnya:
      "Minta maaf, saya berpendapat bahawa..."

      "Pada pendapat saya, ..."

17. Alihkan topik pembicaraan  secara halus dengan menggunakan ungkapan yang
     tepat.

      Contoh ungkapan pengalihan topik perbincangan :

      (SECARA FORMAL)      
      Maaf, saya dengar Ibu suka juga dengan...
      Bagaimana jika kita meninjau dari sisi lain, misalnya...

  

      (SECARA TAK FORMAL)
      Wah, makin seru kalau kita bicara soal...
      Boleh tahu pandanganmu tentang...


18. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis
     dibincangkan maka elakkan daripada mengutarakan tajuk baru atau memotong
     perbualannya itu.


19. Memohon maaf Jika kita melakukan kesilapan.

      Contoh: “ Maaf ya, kalau ada salah ucap.”

20. Mengucapkan terima kasih jika diberi bantuan.

      Contoh: “terima kasih ya”

21. Terapkan pola gilir dalam berkomunikasi dengan menggunakan kata, bentuk
      kata, dan ungkapan yang tepat demi kelangsungan dan kenyaman komunikasi.

     
      Contoh:

      Bagaimana menurut pendapat anda? (formal)
      Menurut pandanganmu gimana? (non-formal)
      Mungkin ada yang mempunyai pendapat lain?
      
22. Menggunakan ungkapan pemisahan yang sesuai untuk mengakhiri percakapan.
    Contoh:
    (SITUASI FORMAL)
    Sekian saja pertemuan kita hari ini, jangan lupa...
     Sebagai penutup, kita simpulkan bahwa...

     (SITUASI TAK FORMAL)
     Udah dulu ya, besok jangan lupa...
     deh,jadi kita besok berangkat jam...
     Selamat jalan

Friday, August 28, 2015

Kuliah 4 (Nota)

BAB 4:- PERATURAN BERBAHASA
**Nota Ringkas


Contoh Peraturan Berbahasa Daripada Aspek Jarak Sosial Dan Konteks Percakapan

1. Hargai mitra bicara
  • Sopan santun dengan tidak melihat status sosial pihak lain
  •  Memberi tumpuan sepenuh terhadap isi yang disampaikan oleh pihak lain.

2. Peka terhadap kesempatan
  • Terapkan pola gilir dalam berkomunikasi dengan menggunakan kata, bentuk kata, dan ungkapan yang tepat demi kelangsungan dan kenyamanan komunikasi
  • Ungkapkanlah gagasan pendapat dan pandangan dengan jelas
  • Alihkan topik pembicaraan secara halus dengan menggunakan ungkapan yang tepat

3. Fahami relevansi pembicaraan
  • Menguasai masalah yang sedang dibincangkan
  • Gunakan bahasa yang efektif dan mudah difahami
  • Usahakan isi pembicaraan relevan dengan topik
  •  Jika terjadi perbedaan pendapat, selesaikan secara halus tanpa menimbulkan konflik

4. Bercakap dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan tidak bercakap dengan nada yang samar-samar

5. Bercakap di depan dengan cara bertentangan mata dan tidak bercakap di belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

6. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka elakkan daripada mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

7. Jika seseorang sedang makan maka kita elakkan daripada bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

8. Elakkan daripada bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan dan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

9. Tidak sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama

10. Tidak bercakap secara berkumam mulut

11. Tidak bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang

12. Tidak memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Kita sepatutnya memangil mereka dengan nama yang memuliakan mereka.

13. Tidak memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya

14. Tidak bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.



Peraturan Berbahasa

Dalam percakapan, kita harus :

Ø Bercakap tentang perkara yang penting dahulu. Hal ini kerana perkara yang penting itu mungkin mendatangkan kesan yang mendalam kepada seseorang.

Ø Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan sebelum bercakap. Walaupun kita mempunyai banyak pandangan dan perasaan yang hendak diluahkan, tetapi kita perlu sedar bahawa bukan semua yang ingin kita cakapkan itu adalah penting. Hai ini kerana keterpaksaan dia mendengar sebaliknya akan menjana kebenciannya kepada kita, padahal tujuan percakapan kita adalah untuk membina perhubungan yang baik.

Ø Tidak mencelah percakapan orang lain. Hal ini demikian kerana sekali kita mencelah, panjang pula kita menyambung huraiannya, sehingga tuan asal pemilik percakapan tersekat dan ternganga serta tidak dapat menyempurnakan percakapannya. Biarlah mencelah kita itu mencelah yang pendek sekadar untuk menyatakan sokongan atau persetujuan, bukannya untuk merampas giliran pemilik percakapan itu untuk bercakap.

Ø Tidak mengulang perkara yang sama berulang kali. Kita mungkin mempunyai tujuan yang baik supaya pendengar tersebut mengambil serius perkara itu, namun bagi sesetengah orang, dia mungkin boleh mentafsirkan secara silap bahawa orang yang mengulang itu memandangnya sebagai berkemampuan minda yang rendah sehingga terpaksa diulang-ulang supaya faham. Demikian juga dengan pujian. Pujian yang berlebihan akan menimbulkan salah tafsiran pada pihak penerima sehingga mewujudkan kebencian dan melunturkan kemesraan.



Peraturan Berbahasa Dari Aspek Tujuan Dan Giliran Bercakap

Tujuan percakapan:
Kita patut menitikberatkan perkara yang penting dahulu. Tujuan perkara itu mestilah menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek. 


Contoh :
Kita hendak memberitahu seseorang bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku. Perkara tersebut haruslah diberitahu dengan secepat mungkin kerana merupakan perkara yang sangat penting.

  •  Jika kita mahu memberitahu sesuatu yang penting tetapi tidak segera, kita hendak mencari masa yang sesuai untuk memberitahu orang itu. Tapi, mesti diingat, walaupun perkara itu tidak segera, namun, perkara itu mesti disampaikan kepada pendengarnya. 

Contoh : Kita hendak memberitahu kawan kita bahawa gambar yang diambil bersama-sama telah siap dicuci. Kita boleh memilih masa yang sesuai untuk memberitahu mereka kerana perkara tersebut penting tetapi tidak segera.

  •  Jika kita ingin memberitahu sesuatu yang tidak penting, kita boleh memberitahu orang tersebut pada bila-bila masa sahaja. Kita patut memilih masa yang sesuai di mana kedua-dua penyampai dan pendengar berada dalam keadaan ‘relaks’ dan tidak melakukan perkara lain. Perkara tersebut mestilah berunsur ringan dan sesuai dijadikan idea percakapan dalam perbualan pada masa lapang. 

Contoh : Kita boleh menyampaikan atau memberitahu sesuatu yang tidak penting semasa kita sedang berbual-bual dengan pendengar pada masa lapang, seperti aktiviti yang dijalankan pada hujung minggu dan sebagainya. 



Giliran Bercakap
Kita harus mengutamakan status dan kedudukan semasa bercakap. Secara umumnya, giliran bercakap bergantung pada tempat kita berada dan orang yang bercakap dengan kita.

CONTOHNYA :

Dalam keluarga,
1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.
2. Ibu atau bapa.
3. Kakak atau abang yang lebih besar.
4. Pihak yang paling kecil, khususnya adik.

Di sekolah,
1. Pengetua atau Guru Besar.
2. Penolong kanan sekolah.
3. Ketua unit atau jabatan.
4. Para pensyarah atau guru.
5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah.
6. Para pelajar.



Tuesday, August 25, 2015

Tutorial 3


Bagaimanakah kami boleh mengamalkan konsep kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum?
  • Tidak mengeluarkan kata-kata sensitif yang menyentuh isu perkauman.
  • Bercakap berdasarkan kesesuaian.
  • Memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua.
  • Bersikap ikhlas.
  • Menggunakan bahasa yang sopan.


Antara lima jenis kesantunan verbal yang melibatkan guru dan murid-murid sekolah termasuklah:
  • Bersalam apabila bertemu sesama lain.
  • Murid menggunakan gelaran yang berhormat ketika berjumpa dengan guru.
  • Sentiasa senyum ketika berkata-kata.
  • Beramah mesra.
  • Menggunakan pergerakan badan dan ekspresi wajah yang sesuai ketika bercakap.
  • Guru bertutur apa yang bersesuaian dengan budaya tempatan.


Contoh dialog kesantunan verbal:
  • “Selamat petang, murid-murid.”
  • “Assalamulaikum.”
  • Terima kasih kerana membantu cikgu.”
  • Selamat pagi, cikgu.



Sunday, August 23, 2015

Tutorial 3



Perbezaan pelbagai jenis fungsi anggota badan yang terlibat dengan kesantunan bukan verbal:

1- Gerakan anggota badan

                              
                                      
Gerakan anggota badan dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan. Misalnya, watak dalam gambar rajah di atas menggunakan gerakan anggota badan untuk menunjukkan sesuatu.  



2- Gerakan mata
                                  


Gerakan mata mempunyai sesuatu komunikasi tanpa lisan. Contoh dalam gambar rajah tersebut gerakan mata yang ditunjukkan adalah tidak berminat dalam sesuatu perkara atau tidak menyukai sesuatu benda.





3- Gerakan tangan
 

                                                       

Isyarat gerakan tangan yang digunakan dalam gambar rajah tersebut adalah untuk memberi simbol kepada berhenti melakukan sesuatu perkara. Contohnya, berhenti bercakap.


4- Mimik muka
                                             
Gambar rajah tersebut menunjukkan reaksi dalam dirinya bahawa dia sedang berada dalam keadaan resah dan gelisah atau memikirkan sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan.  




Contoh-contoh jenis kesantunan nonverbal dalam masyarakat Melayu:



Masyarakat melayu sering menggunakan gerakan tangan sebagai simbol untuk menggantikan perkataan lisan. Contohnya, meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam.


Hasil pembacaan: Berdasarkan hasil pembacaan saya, antara kesantunan lisan dengan merujuk kepada masyarakat majmuk di Malaysia ialah masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Contohnya, panggilan seperti “cik” , “encik” , “mak cik” , “pak cik” dan sebagainya.

Kuliah 3 (Nota)

BAB 3:- BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN**Nota Ringkas

KESANTUNAN VERBAL

  • Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan
  • Kesantunan berbahasa verbal perlu dijaga terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat dan sebagainya.
  • Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
  • Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan.
  • Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan.
KESANTUNAN NONVERBAL

  • Kesantunan berbahasa dari segi nonverbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
  • Konsep kesantunan berbahasa nonverbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
  • Sebagai contoh, melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku.
  • Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga memainkan peranan yang penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa itu.
KESANTUNAN LISAN

  • Penggunaan bahasa yang baik.
  • Apabila kita bercakap dengan seseorang, kita hendaklah bercakap dengan menggunakan bahasa yang bersopan dan beradab.
  • Contohnya, apabila kita hendak menegur seseorang kanalan kita, kita hendaklah menegurnya dengan memberi salam dan jangan menegur mereka dengan bahasa yang kasar.
  • Perwatakan dan keperibadian seseorang dapat dilihat apabila dia sedang bercakap dengan temannya.
  • Apabila kita menggunakan perkataan yang beradab, lemah lembut dan bersopan santun, ia dapat mencerminkan bahawanya kita merupakan orang yang mempunyai kesantunan berbahasa dan sebaliknya.
  • Penggunaan kata gelaran dan kata sapaan untuk dipanggil.
  • Sebagai contoh, apabila kita berjumpa dengan orang mungkin hampir sama baya dengan kita, kita hendaklah memanggil dia dengan nama yang sesuai dengan umurnya seperti saudara atau saudari.
  • Apabila kita berjumpa dengan orang yang lebih tua daripada kita hendaklah memanggil mereka pak cik kerana itulah nama yang sesuai bagi mereka.


KESANTUNAN PENULISAN

Conton Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Penulisan Surat Rasmi & Memo:

  • Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki. 
  • Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa ... 
  • Yang Berbahagia Dato’ diundang ... 
  • Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji .........
  • “Saya bersetuju untuk meluluskan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Saya tiada halangan meluluskan ...” 
  • “Di sini saya kepilkan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Bersama-sama ini disertakan ...”