Thursday, August 20, 2015

Kuliah 1 (Nota)

BAB 1:- KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA
**Nota Ringkas


PENGERTIAN BUDI:

•Secara amnya , budi boleh didefinisikan sebagai akal , kebijaksaan atau sifat baik , perbuatan baik dan kebajikan
•Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada . Bak kata perpatah ' Budi Baik Dikenang Juga ', jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila masa
•Budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci .
•Budi juga merupakan suatu tabiat , kelakuan , perwatakan , perlakuan , bahasa ataupun pertuturan . Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi
•Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang menyenangkan, menberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah diri.


PENGERTIAN BAHASA

•Bahasa merupakan alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia
•Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masing-masing mempunyai makna, yaitu, hubungan abstrak antara kata.
•Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri
•Bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
•Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan seharian.


PENGERTIAN BUDI BAHASA

•Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.


CIRI-CIRI BUDI BAHASA

Seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:


(1) Bertimbang rasa


•Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum
           
•bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain
           
•memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain

(2) Bertoleransi

•bersikap sabar
            
•sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain
(3) Bertolak ansur

•tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata
           
•tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain
           
•mudah memaafkan kesalahan orang lain

(4) Bersopan-santun


•lemah-lembut
            
•tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjukdan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain.
            
•perilaku yang sopan.

(5) Ramah mesra

•mudah diajak berunding
            
•mesra dan memberi senyuman
           
•penyabar dan tidak emosional.

(6) Tidak mementingkan diri sendiri

•tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.
           
•selalu tolong-menolong antara satu sama lain
           
•memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan.

AMALAN BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA

1. Masyarakat Melayu:


   Contoh:


  •Berpegang kuat pada adat resam dan agama.

  •Tidak manis/ tidak sopan anak dara duduk bersila.
  •Memberi salam apabila bersua.
  •Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.

2. Masyarakat Cina:


    Contoh:


   •Tunduk ketika memberi salam.

   •Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.
   •Menunggu semua ahli keluarga ketika makan.
   •Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi.
   •Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.


3. Masyarakat India:


     Contoh:


     •Duduk bersila ketika makan.
     •Tidak membazirkan makanan.
     •Senyap semasa bersembahyang.
     •Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil.
     •Mematuhi adat dan resam.
     •Salam orang yang lebih tua

2 comments: