Saturday, August 29, 2015

Tutorial 4


Peribahasa & Pantun yang Menekankan Kepentingan Peraturan Berbahasa
Gambaran tentang pentingnya kesantunan bahasa dalam kehidupan bermasyarakat, terdapat pada peribahasa yang diungkapkan sejak zaman-berzaman. Antara peribahasa yang menekankan pentingnya setiap orang menjaga kesantunan bahasa ketika berkomunikasi termasuklah:

1. Bahasa jiwa bangsa.

2. Bahasa menunjukkan bangsa.

3. Bahasa tidak dijual beli (atau bahasa tidak berjual beli).

4. Berbunyi bahasa diketahuilah bangsa.

5. Kerana pulut santan binasa,; kerana mulut badan binasa.

6. Bercakap siang pandang-pandang; bercakap malan dengar-dengar.

7. Terlajak perahu dapat ditarik; terlajak kata buruk padahnya.

8. Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya.

9. Orang berbudi kita berbahasa; orang memberi kita merasa.


Dalam bentuk pantun pula, diungkapkan pentingnya kesantunan bahasa seperti pada contoh yang berikut:

1. Tingkap papan kayu bersegi,
          Sampan sakat di Pulau Angsa;
     Indah tampan kerana budi,
          Tinggi bangsa kerana bahasa.
2. Puyu-puyu konon namanya,
          Di dalam kolam konon empatnya;
    Cantik manis barang lakunya,
          Serta dengan budi bahasanya.
3. Anak Cina menimbang madat,
          Dari Makasar langsung ke Deli;
    Hidup di dunia biar beradat,
          Bahasa tidak berjual beli.

4. Pohon pandan pohon berduri,
          Dipandang amat sedap;
    Hidup di dunia bahasa dan budi,
          Serta juga terti beradab.

5. Saya tidak menanam nanas,
          Tanam kepaya di dalam padi;
    Saya tidak memandang emas,
          Budi bahasa yang saya cari.

6. Perigi dikatakan telaga,
          Tempat budak menumpang mandi;
    Emas merah ada berharga,
          Budi bahasa bernilai abadi.

7. Makan sirih berpinang tidak,
          Pinang ada dari Melaka;
    Makan sirih mengenyang tidak,
          Sebab budi dengan Bahasa.


8. Pucuk pauh sedang terjela,
          Penjolok bunga gelundi;
    Agar jauh silang sengketa,
          Perhalus bahasa dan budi.


9. Yang kurik kundi,
          Yang merah saga;
    Yang cantik budi,
          Yang indah Bahasa.


10. Dari Silaing ke Sijudah,
          Japa melilit Tanjung Jati;
      Buah jerami bergantungan;
          Baju digunting kalau tak sudah,
      Kata termulai kalau tak jadi,
          Seksalah alam menanggungkan.


No comments:

Post a Comment