Sunday, August 23, 2015

Kuliah 3 (Nota)

BAB 3:- BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN**Nota Ringkas

KESANTUNAN VERBAL

  • Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan
  • Kesantunan berbahasa verbal perlu dijaga terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat dan sebagainya.
  • Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
  • Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan.
  • Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan.
KESANTUNAN NONVERBAL

  • Kesantunan berbahasa dari segi nonverbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
  • Konsep kesantunan berbahasa nonverbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
  • Sebagai contoh, melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku.
  • Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga memainkan peranan yang penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa itu.
KESANTUNAN LISAN

  • Penggunaan bahasa yang baik.
  • Apabila kita bercakap dengan seseorang, kita hendaklah bercakap dengan menggunakan bahasa yang bersopan dan beradab.
  • Contohnya, apabila kita hendak menegur seseorang kanalan kita, kita hendaklah menegurnya dengan memberi salam dan jangan menegur mereka dengan bahasa yang kasar.
  • Perwatakan dan keperibadian seseorang dapat dilihat apabila dia sedang bercakap dengan temannya.
  • Apabila kita menggunakan perkataan yang beradab, lemah lembut dan bersopan santun, ia dapat mencerminkan bahawanya kita merupakan orang yang mempunyai kesantunan berbahasa dan sebaliknya.
  • Penggunaan kata gelaran dan kata sapaan untuk dipanggil.
  • Sebagai contoh, apabila kita berjumpa dengan orang mungkin hampir sama baya dengan kita, kita hendaklah memanggil dia dengan nama yang sesuai dengan umurnya seperti saudara atau saudari.
  • Apabila kita berjumpa dengan orang yang lebih tua daripada kita hendaklah memanggil mereka pak cik kerana itulah nama yang sesuai bagi mereka.


KESANTUNAN PENULISAN

Conton Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Penulisan Surat Rasmi & Memo:

  • Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki. 
  • Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa ... 
  • Yang Berbahagia Dato’ diundang ... 
  • Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji .........
  • “Saya bersetuju untuk meluluskan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Saya tiada halangan meluluskan ...” 
  • “Di sini saya kepilkan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Bersama-sama ini disertakan ...” 

No comments:

Post a Comment