Saturday, August 22, 2015

Kuliah 2 (Nota)

BAB 2:- KESANTUNAN BERBAHASA**Nota Ringkas
DEFINISI KESANTUNAN BAHASA


"Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan."


KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA

  • Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan
  • Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita.
  • Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.
  • Cara sapaan lisan/ bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
  • Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
  • Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
  • Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
  • Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
  • Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam.
  • Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar.
  • Nada mestilah rendah dan lembut.
  • Gerak laku haruslah lemah lembut
  • Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak.
  • Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya.
  • Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

TAKRIFAN KESANTUNAN DARIPADA TOKOH-TOKOH DUNIA


     •
Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. (Lukoff,1975: 64)

     
•Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. (Fraser dan Nolan, 1981: 96)

     
•Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983: 104)
 
     
•Kesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka. (Brown&Levinson, 1987: 62)

     
•Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa
        tersinggung (Asmah, 2000: 88)

     
•Perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman. (Bayraktaroglo, 1997: 5)

KONSEP PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN
  • Merujuk kepada air muka
  • Berkait rapat dengan maruah diri.
  • Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti muka tembok, muka papan dan sebagainya. Ini menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka.
  • Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imej sendiri dan juga keluarga.
  • Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
  • Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar.
  • Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, penggunaan mulut perlulah dikawal.
  • Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah seperti lidah bercabang, lidah buaya, dan lidah tidak bertulang.
  • Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain.
  • Kata-kata menggambarkan hati. Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut. Oleh itu, hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.


KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

     •Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja

      •Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai
      •Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi 
       penekanan dalam proses berkomunikasi.
      •Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya= KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
      •Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan
        tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
      •Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang
       dan ia adalah sukar diubah.
      •Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah.
      Contoh Kesantunan Merentas Budaya:
      •CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang 
        projek perniagaan mereka.
      •Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn. Bhd bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah 
       Hicom Sdn. Bhd. Lembaga mesyuarat terdiri daripada orang Malaysia, orang Jepun, orang
      
Kanada dan orang UK.
       Segala komunikasi terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang
       maksimum jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat
       •lisan/bahasa
       •pergerakan/tingkah laku
       •mimik muka

No comments:

Post a Comment